Siapa dia ni?
*Nama saya adalah Warren Buffet
Warren Buffet ni orang kaya yang berlagak susah..*eh! baguslah..
Klu korang kenal Bill Gates, korang mesti kena kenal Warren Buffet.. *sebab ape?
He is the World's Billionaires beb... *isk
sedih sebab aku baru tahu.. nampak sangat tak mengikuti perkembangan dunia.. entah-entah kalau Bill Gates jatuh bankrap pun kau tak tahu.. *p/s : Lu'lu bukan la pelajar ekonomi..jadi Lu'lu tak kenal pun si Warren Buffet ni..
*ape kaitannye???
Warren Buffet ni asalnye bukanlah orang susah macam Tan Sri Mukhtar Al Bukhary *ni kau kenal plak..
dia ni kire anak orang kaya gak la..tapi bercita-cita untuk jadi orang lebih kaya dari bapa beliau.. *cis!
tp bangga gak la sebab tak ramai anak orang kaya yang nak berusaha untuk kaya lagi.. yang menghabiskan duit mak bapak yang da sememangnya kaya tu ramai la..
Sejak umur 5 tahun lagi..Dia ni da pandai buat duit..Ade ke patut gule-gule yang bapa dia bagi tiap ari dia pegi jual..Memang dasyat la..Da tu umur 11 tahun da pandai nak beli saham.. *Lu'lu mase umur macam ni pandai buka kedai masak-masak je..
Tapi apa yang bagus pasal dia ni.. Merendah diri.. Walaupun dia ni ada syarikat tekstil dan pakaian tersendiri,dia masih lagi pakai sut yang berkedut... *oh no!
tak berkedut pun..hahaha..ok! suke ati je pose mcm tu..*macam dalam cerita melayu pakcik-pakcik pose macam tu kat anjung rumah sambil tunggu anak balik..
berdasarkan gambar di atas..*mcm jawapan paper sains pula...apa yang Lu'lu dapat simpulkan ialah....>> dia pegi lipat kaki seluar dia tu..haha
Antara lain pasal si Warren ni..dia pegi mane-mane tak yah nak pakai driver pun..*relax je
siap pegi melancong tak nak pakai jet peribadi pn sedangkan dia ni ada satu perusahaan pesawat jet terbesar dunia...part yang paling bez adalah beliau istirehat duduk kat rumah tengok tv && makan pop corn je..
Walaupun dia ni kaya gile...tak payah nak berlagak makan kat hotel mewah 7 bintang la macam dato'-dato' && datin-datin kt Malaysia ni..*kenapa dato' & datin je??
Dia ni lebih suke makan.......
What ???
siyes gile! coca cola & burger
ok! banyak lagi perkara yang korang akan terkejut..
cube tengok ni pula...
pencuri pun boleh masuk..tak de pagar..ni la rumah warren buffet..
ye!
dia da duduk kt rumah ni sejak dia dah menikah dengan isteri dia 50 tahun yang lalu..
cume 3 bilik je beb..
dia kata "saya ada segalanya di rumah saya"
siyes hebat!
entah bila la org melayu / orang islam yang kaya akan jd seperti beliau yang sederhana???
pose gini mesti nampak kacak kan??
ce cite.. *oh no! usop tiru gaya Warren ke??
Wlupn Warren Buffet ni dah berjaya menaiki carta orang paling kaya di dunia menurut
Forbes .. tapi dia ni tak nak anak-anak dia
mewarisi segala kekayaan dia ni..
*kedekut! dia kata bila dia dah meninggal nanti..dia nk dermakan 85 % dari harta dia pada Yayasan Amal milik Bill Gates.. GATES FOUNDATION...tapi,belum mati lagi dia dah sumbangkan duit dia pada yayasan tersebut dan direkodkan dalam sejarah sebagai sumbangan terbesar..
*persoalannye : kenapa nk derma pada Gates Foundation gak sedangkan dah tahu-tahu yang Bill Gates tu kaya..lainla klu Rumah Orang-orang Tua kt Malaysia ni ke..Tak pun derma la kt mangsa peperangan atau bencana alam kan???
Apa-apa pun itu semua bergantung pada niat kita sendiri ok..!